REVIEW about : [NOVEL] Kerana Mahalnya Syurga!
Kerana
Mahalnya Syurga
Penulis : Imi Hafimi
Raymond balik ke rumah dalam keadaan mabuk bila tiba-tiba
dia dirompak dan dibelasah beberapa orang lelaki di jalan rumahnya.. Orang yang
membelasahnya terkejut dan takut dengan kehadiran seorang perempuan yang
bertudung labuh lalu melarikan diri.. Atas pertolongannya , Raymond menjadi tertanya dan mencari penyangak-penyangak
tersebut.. Raymond bertanya kepada mereka apa yang punca mereka lari, kata mereka, sebab
ada berpuluh-puluh singa dibelakang perempuan.. Raymond bingung dan mencari perempuan tersebut.. Rupanya
perempuan tersebut Umi Zafwa, seorang ustazah mengaji di sebuah kampong kecil
yang menjaga ayahnya yang sakit.. Raymond tertarik dengan perwatakan Umi Zafwa yang lemah lembut dan seterusnya
tertarik dengan Islam.. Di rumah Raymond, ada ibu bapanya dan seorang adik yang sangat serius bekerja
dan bercinta,Alex tak sepertinya yang suka berfoya-foya dan kaki arak.. Tapi sejak mengenali
Islam, Raymond banyak berubah dan ahli keluarganya sangat senang dengan
perubahannya.. Satu hari, Raymond membuat pengakuan bahawa dia memasuki Islam kepada ahli
keluarganya.. Ayahnya kena serangan jantung dan koma, ibunya jadi gila kerana tak menyangka
anaknya bertukar agama padahal dia penganut katolik yang sangat kuat, Raymond
hilang, Alex tertekan.. Baginya semua berpunca dari perempuan tak guna tu.. Satu hari, ayahnya mati dan
Alex ke hospital gila untuk memberitahu ibunya bila dia ternampak ada satu
kemalangan, die menidakkan yang itu emaknya, padahal memang itu emaknya dan dia
mati di tempat kejadian.. Alex tertekan, dia kehilangan semua orang yang dia sayang, dia jadi seorang
yang kaki arak, kaki perempuan, dan tak serius dengan kerjanya.. Alex nak balas dendam sebab dah hancurkan keluarga dia..
Alex minta alamat Umi
daripada Raymond, dan Alex terus pegi kerumahnya.. Di sana dia berjumpa dengan Umi dan memberitahu bahawa Raymond ditimpa
kemalangan dan Umi segera bersetuju untuk menaiki kenderaan Alex.. Alex membawa Umi ke
sebuah bangunan tinggal.. Disana dia diseksa oleh beberapa orang dan Alex.. Baju kurung Umi dikoyakkan dan dia hampir menjadi mangsa beberapa lelaki
bernafsu sebelum dihentikan Alex.. Alex tak sanggup melihat gadis sebaik tuu dinodai tapi kerana amarahnya dia
sendiri rogol Umi (???? What
the!!!!!!!!Acah baik tapi sebenarnya binatang kan!!!Bodoh ????) Alex
nak bunuh Umi bila Umi merayu jangan bunuhnya, seksalah dia asal jangan bunuh
dia sebab dia masih nak berbakti kepada ayahnya yang lumpuh.. Alex rasa tercabar
dengan kebaikan Umi dan merogol dia berulang kali.. Alex memberinya pilihan
berbogel atau pakai singlet dan skirt pendek, mahu tak mahu Umi terpaksa pakai.. Umi memanjat tingkap
dan berlari keluar pada waktu malam dan teruskan berlari di tepi jalan yang
dipenuhi hutan.. Tiba-tiba rakan baiknya, Jason datang dengan motosikal menawarkan bantuan tanpa
menanyakan apa-apa kepada Umi..( ???? Mana pulak datangnya mamat ni..kawan baik ke kawan tikam belakang ???? ) Jason berjanji untuk menolong Umi dengan menceritakan perkara sebenar kepada
mak dan ayahnya.. Dirumahnya, mak tirinya Mak Yam menghalau Umi keluar kerana tak sangka Umi
seorang yang liar,padahal dah kena suap dengan Alex yang Alex akan tanggung bil
pembedahan ayah Umi.. Umi mencari Jason tapi Jason hilang, Umi dihalau keluar, dia tinggal di sebuah
pondok.. Umi dapat tahu yang dia mengandung, Raymond datang melawat dan terkejut dengan
keadaan Umi ( ???? Ni lagi seorang malaun, kau hilang tetiba muncul, kau lah punca sebenarnya ???? ).. Tiba-tiba Alex datang cari Umi dan menyatakan perasaan bersalahnya dan akan
tebus dengan mengahwininya.. Raymond menyuruh Umi terima dan Umi terpaksa terima memikirkan kandungannya.. Katherina, kekasih
Alex terkejut yang Alex akan kahwin tapi bukan dengannya, dengan orang lain,
Katherina merajuk.. Lepas kahwin, Alex bawa Umi pergi ke banglo miliknya dan tempat tinggal Umi
hanya di balkoni biliknya di tingkat 2.. Umi hanya ada telekung dan Al-Quran sebagai penemannya.. Alex berbaik balik dengan
Katherina dan Katherina tinggal sekali dengan mereka.. Alex membuat perkara terkutuk
dengan Katherina dan dapat dilihat oleh Umi di sebalik celah-celah langsir di
balkoni, Umi sedih.. Dengan perut semakin membesar, Umi hanya diberi makan sekali sehari, tapi ada
satu hari tu sampai 3 hari Alex tak bagi makan, Umi jatuh pengsan.. Sedar-sedar, Umi
diikat diatas sebuah kerusi dan menghadap perbuatan terkutuk suaminya dengan
Katherina, Umi minta dilepaskan untuk menunaikan solat maghrib tapi Alex tak
benarkan dan menyuruh Umi menontonnya.. Alex melepaskan ikatan Umi di kerusi tapi tidak di pergelangan tangannya.. Perut Umi dan
Katherina lebih kurang sama usianya cuma perut Umi lebih kecil.. Satu hari, Alex bawa
balik anjing peliharaan Katherina, Black tinggal dengan Umi di balkoni.. Umi sangat takut tapi
rupanya anjing tuu gigit tali yang mengikat pergelangan tangan Umi.. Umi melarikan diri
dengan mengikat selimut di pagar balkoni tersebut.. Sewaktu cuba turun, Alex
tersedar dan mahu menggunting kain tuu walaupun tangannya digigit Black.. Umi dapat melarikan
diri ke tepi jalan raya besar, dan Alex menelefon Pak Jali, pemandunya.. Pak Jali menjemput
Umi, dan membawa Umi ke hospital, dan Umi pengsan..
Anak Umi selamat dilahirkan,
Jason membawa Umi pulang.. Ditengah jalan, mereka ditahan oleh kereta Alex, Alex memujuk Umi untuk balik
ke rumahnya, dia akan berubah.. Jason menggendong anak Umi menyuruh Umi menolak dan tinggal bersama dengannya.. Akhirnya, Umi buat
keputusan balik kepada Alex “kerana satu dunia tak dapat mengubah fakta yang
itu adalah anak Alex” (???? Kau dah
kenapa BODOH sangat woi!!! Dia tuu plastik
laa, Penipu???? ) Umi masih dilayan macam sampah cumanya di bebas di dalam rumah, Alex banyak
menghabiskan masanya di Hotel dengan Katherina.. Satu hari, Katherina ajak Alex kahwin, Alex kata “tengoklah dulu, dia tak rasa
nak kahwin, bila dia rasa nak kahwin, baru kahwin”.. Katherina mengamuk, Alex
keluar tinggalkan Katherina.. Esoknya kecoh bila Katherina dibunuh, polis mengesyaki Alex kerana dia yang
terakhir keluar dari bilik tu.. Polis buru Alex, Raymond beritahu Alex supaya larikan diri, Alex balik rumah
minta tolong Umi.. Umi janji akan tolong Alex, tapi Alex kena tolong jaga anak dia elok-elok.. Tiba-tiba polis sampai
rumah, Alex berang, katanya Umi mungkir janji.. Polis nak berkas Alex bila tiba-tiba Umi mengaku
bunuh Katherina, dan Alex naik gila sebab isteri tak guna dia bunuh kekasih
kesayangan dia.. Umi minta Alex jaga anak dia, bagi ajaran agama yang cukup, jangan beritahu
anak dia yang mak dia masuk penjara, katalah yang dia sudah tiada(meninggal
dunia).. Masuk
penjara dan dikenakan hukuman penjara seumur hidup walaupun tak cukup bukti ( ???? Macam negara ni takde undang-undang
ke penulis ni buat cerita bodoh macam ni ???? )..
Kat penjara dia asyik
menangis, ditegur oleh Pieka, dibenci oleh Tom.. Pieka berubah jadi baik, dan Tom benci sebab dulu dia rapat dengan Umi, tapi
sejak ade Umi ni, dia dah tak rapat dengan Pieka.. Rupanya Tom cemburu dengan Umi, dan akhirnya diorang bertiga kawan baik.. Pieka keluar dari
penjara dulu, dan dia minta tolong Tom jaga Umi.. Tom tak tunaikan amanah Pieka sebab dia tak jaga Umi dengan baik tapi bila Umi
dijatuhkan hukuman gantung sampai mati barulah Tom jaga Umi dengan baik.. Tom pecahkan tembok
penjara dan pukul pegawai penjara dan suruh Umi panjat keluar pergi tengok anak
dia (Jason ada datang melawat dan beritahu yang anaknya,Fatin sihat dan
solehah).. Umi pergi jumpa Alex, suruh Alex jaga anak dia elok2, Alex kata “tahulah aku
nak uruskan anak kau, mana tahu anak kau bila dah besar jadi cantik dan badan
lawa, boleh aku jadikan perempuan simpanan aku”.. Umi marah bila dengar Alex cakap macam tuu.. Umi dimasukkan ke dalam bilik yang disediakan untuk hukuman gantung (???? Macam mana boleh masuk balik tanpa
dikenakan sebarang tindakan disiplin dan lain-lain ????) Umi kecewa sebab
sepanjang dia dimasukkan ke dalam bilik tuu tak pernah sekalipun Alex datang
melawatnya membawa anak mereka.. Tom dah dibebaskan kerana tempohnya dah tamat.. Umi bersedia di tali gantung apabila pegawai tuu beritahu yang hukumannya
ditarik balik.. Umi dibebaskan dari penjara sepenuhnya (????
Tak logik langsung ???? ).. Umi tinggal disebuah rumah kecil bersama dengan Pieka dan Tom.. Umi minta tolong Tom
kerja sebagai cleaner di tempat kerja Alex tapi tak berjaya.. Umi suruh Tom kerja
sebagai Pembantu Rumah pulak di rumah Alex tapi sehari bekerja Tom dah tak
sanggup kerana katanya Alex sangat cerewet.. Umi menyamar sebagai Qhalida dengan memakai Jubah hitam dan purdah dan menjadi
pembantu rumah Alex..
Bila sampai dirumah Alex dia disambut dengan Bonda Samrah dan dibawa berjumpa
dengan Alex.. Terkejutnya Umi bila tengok Alex seperti orang yang tak berdaya à Kata Bonda Samrah,
Alex kemalangan dan lupa ingatan serta Lumpuh sementara.. Datang seorang perempuan muda
dalam lingkungan 20’an yang berpakain seksi dan ketat duduk diatas tempat letak
tangan di kerusi roda Alex dan menggedik-gedik.. Umi tak sanggup tengok Umi keluar dari bilik.. Umi ternampak gambar seorang budak dengan Alex dan dia merasakan itu anaknya
tapi muka budak tu Nampak macam muka perempuan tadi.. Segera Umi bertanya kepada
Bonda Samrah mengenai anak Alex, Bonda Samrah menduga “Mana Qhalida tahu tuan
Alex ada anak”.. Umi cakap yang dia nampak gambar tu, Bonda Samrah menduga lagi “tak semestinya
tu anak Tuan alex dan kenapa tak tanya pasal isteri Tuan Alex?”..Umi segera berdalih
dengan Tanya siapa perempuan dalam bilik tu, Bonda Samrah memberitahu yang itu
adalah Raisya.. Pada
suatu hari, Umi ternampak Raisya tengah ‘buat’ dengan Alex, terus dia serang
Raisya “Kau tak tahu ke Tuan Alex dah ada isteri!”.. Raisya Tanya dengan lembut
“Siapa isteri Alex?”.. Umi tunduk dan tak menjawab dan terus keluar, manakala Raisya meninggalkan Alex
yang kegersangan ( ???? The Heck!! Ayat
dia dalam novel ni memang details dan tak senonoh ???? )
Alex sangat
menggemari nasi lemak walaupun pedas tapi ditahan, kata Bonda Samrah nasi lemak
mengingatkan Alex kepada seseorang, seingat Umi dia pernah masak sekali je nasi
lemak tu kerana Alex tak suka dan naik berang.. Tetiba satu hari tuu, Alex jatuh miskin dan Raisya tinggalkan Alex
terkontang-kanting, Alex suruh Raisya bawak sekali dia, tapi Raisya kat yang
dia pun tumpang kawan takkan nak susahkan lagi kawan dia à Umi yang jaga dia
selepas tu, Umi bawa dia ke rumah Mak Yam dan Alex marah tapi disebakan
terpaksa Alex tinggal jugak disitu.. Sepanjang
masa tu, Umi bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Doktor Marwan, seorang
Duda anak satu walaupun Alex tak membenarkan.. Umi ajar anak dia mengaji dan Doktor Marwan tertarik dengan Umi sebab
mengingatkan dia kepada arwah isterinya.. Kaki Alex semakin sembuh dan alex dah boleh berjalan.. Satu hari Umi demam tapi
masih lagi pergi bekerja kerana risaukan Fina,anak Doktor Marwan walaupun Alex
mara..Ã
Umi menangis kerana abaikan suaminya sampai terduduk, Doktor Marwan datang
untuk menenangkan Umi dengan memegang bahu Umi.. Alex buka pintu dan ternampak Doktor Marwan pegang bahu Umi dan berdiri rapat
dengan Umi, Alex naik berang.. Segera Umi bangun berlari dan memeluk Alex, tapi Alex masih marah, Umi
menenangkan dengan menggosok dada Alex.. Alex memeluk kembali Umi dan mencium dahi Umi bertalu-talu sambil memandang
sinis kepada Doktor Marwan.. Umi tak percaya yang suaminya menciumnya (????
Kau ni memang bodoh laa Umi ????).. Esoknya, Umi nak pergi bekerja di rumah Doktor Marwan bila Alex tak membenarkan,
tapi Umi tetap pergi kerana cari sumber
pendapatan..Alex
datang ke rumah Doktor Marwan dan menyuruh Qhalida pulang, Doktor Marwan
halang, Fina menyuruh ayahnya halang, dia nak Auntie Qhalida tinggal dengan
mereka.. Alex
marah Fina dan kata tak elok pasal emak Fina.. Doktor Marwan marah kerana cakap buruk pasal arwah isterinya, lalu memukul Alex.. Umi memeluk Alex untuk
meleraikan kerana dia cukup tahu baran Alex dan merayu kepada Doktor Marwan
agar jangan mengapa-apakan suaminya, Doktor Marwan akur à Alex minta Qhalida masakkan
nasi lemak , takpun kalau tak larat belikan je nasi lemak.. Umi balik ke rumah sewa
dia, Pieka nak bercerita dengan Umi mengenai Tom tapi Umi lebih mementingkan
suaminya ( ???? Entah macam mana dan bila
entah, Tom hilang, malas nak selak balik ???? )
Berlaku satu kejadian di tempat nasi lemak tuu dan
mangsa yang berjubah hitam dan berpurdah tu disahkan meninggal.. Alex sangat kecewa,
Alex suruh Qhalida bangun dan jangan tinggalkan dia..Mak tiri Umi marah dengan Alex
dan membencinya kerana menyebabkan kematian anak tirinya dan balik.. Tetiba datang seorang
perempuan lain berjubah hitam dan berpurdah sambil memandang Arwah dengan
seribu satu makna.. Tahulah Alex yang meninggal tu adalah orang lain, rupanya yang meninggal tu
adalah Pieka, Umi minta tolong Pieka menyamar sebagai Qhalida untuk membeli
nasi lemak tersebut sebab dia tak larat.. Alex Tanya siapa sebenarnya Qhalida, “Kau Umi Zafwa kan?” “Saya Qhalida,Baik
Qhalida mahupun Umi, dua-duanya sanggup melakukan apa sahaja untuk Tuan Alex.”.. Alex membalas
“Walaupun terpaksa serahkan badan walaupun dah tahu yang aku ade HIV?”, Umi
terkedu.. Alex berkata “Ini maksudnya kau hanyalah Umi Zafwa sebab Qhalida akan buat apa
saja untuk aku”.. Umi membalas “Kan saya dah beritahu tadi baik Qhalida mahupun Umi Zafwa,
dua-duanya sanggup mengorbakan nyawa untuk Tuan Alex”.. Alex suruh Umi buktikannya,
dan menariknya menuju ke sebuah bilik.. Disana, Alex tolak Umi ke atas katil dan bogelkannya, Alex buka butang baju dan
menindihnya.. Umi menangis tersedu sedan kerana peristiwa lama berulang kembali .. Tetiba Alex menangis lalu bahasakan diri dia abang dan meminta maaf dengan Umi ( ???? Apa nii? Alex kena sampuk ke tetiba
je konon saying sangatlah dengan isterinya tu..Pfft ????) ..Umi mencari muka
suaminya,tapi tak nampak kerana suaminya menyembamkan mukanya ke dada Umi,
badan Umi basah dengan air mata suaminya (
???? GELINYAAAA!!! TAK SENONOH BETUL CERITA NIIIIIIII ???? )..
Mereka tinggal bersama
sama seperti pasangan suami isteri.. Satu hari Umi nak keluar bila Alex bertanya, rupanya Umi nak balik umah Mak Yam
dan Abah untuk ajak mereka tinggal bersama, Alex mengajak Umi pergi esok kerana
sudah malam.. Mak Yam terkejut bila tengok anak tirinya masih hidup dan perubahan Alex, Mak
Yam dan Abah menolak ajakan mereka dengan menyuruh mereka harumkan rumah tangga
merek dulu sebelum mereka tinggal bersama.. Alex manja-manja dengan Umi dan tanya Umi apa bibir Alex boleh buat, Umi balas
berzikir dan membaca Al-Quran.. Alex minta tangguh bila Umi kata kalau nak berubah mula dengan menghafal
Alfatihah dulu.. Umi
balik ke rumah sewa dia dan kawan-kawan dia bila tetiba je kena peluk dari
belakang dengan seseorang yang mabuk dan bernafsu, tangan orang tu naik ke
dadanya.. Umi berang dan melepaskan diri, terkejutnya dia rupanya Tom, Tom dah jadi
pengkid (berambut pendek, bertatu, bersinglet putih, berseluar londeh dan
besar).. Umi tanya Tom macam mana boleh jadi macam ni.. Tom kata semua salah Umi, Umi hilang waktu dia perlukan Umi, Umi selalu ada
waktu susah dan senang lagipun diorang dah berjanji untuk sentiasa bersama tapi
Umi hilang dan tak hiraukan Tom.. Umi marah Tom, kata sampai bila Tom nak bergantung hidup dengan dia, dia baru
kehilangan seorang kawan, jangan buat dia hilang seorang lagi.. Tom kata semua salah
dia, sepatutnya dia tahu yang Umi tak selamanya dengan dia ( ???? Ni penambah cerita bagi
lagi complicated ke apa????).. Raisya tetiba datang
ke rumah mereka kerana dia ada kunci pendua untuk mendapatkan kembali penaja
dia tapi Alex dah berubah, dia dah tak hiraukan Raisya malah menghalau Raisya..
Alex mengajak Umi
pulang ke Banglo Alex, Umi berat hati kerana tuu tempat yang menggerunkan
didunia, Umi trauma.. Di banglo Alex, Umi terlihat Kevin,anjing yang menolongnya dulu , Umi
takut-takut nak masuk rumah tapi pada masa yang sama berterima kasih dengan
Kevin, Alex tak memaksa Umi ( ???? Bukan Black ke nama dia ???? ) .. Umi memberi cadang untuk pindah tapi Alex berkeras untuk tinggal disitu,
katanya bilik tuu akan mengingatkan dia kepada dosa-dosa dia yang melukakan Umi
supaya Alex tak lukakan Umi lagi.. Alex beri Kevin kepada jiran Cina dihadapan rumah sebagai Hadiah walaupun dia
sangat sayangkan Kevin kerana Haram membela anjing tanpa sebarang sebab dan dia
lebih sayangkan Umi.. Alex mengubah suai bilik mereka, supaya dapat mengurangkan sedikit trauma Umi.. Alex mengajak Umi masuk
bilik tidur mereka, Umi masih trauma, Alex tak tidur sepanajang malam kerana
jaga Umi supaya tak digigit nyamuk.. Umi pergi kedai haiwan peliharaan dan membeli kucing bernama Maimunah bagi
menggantikan Kevin.. Alex tidur dengan Umi sambil memeluk erat Umi walaupun tangannya terluka, tapi
Umi bangun dan menyapu lidah buaya di luka tersebut à Alex memberikan jawatan
Setiausaha kepada Umi di pejabatnya (????
I thought dah bankrap, lantaklah bukan baca betul-betul pun, selak-selak je
????) .. Tak lama bila Alex minta pekerjanya alihkan meja dan kerusi Umi masuk pejabat
Alex sebab Alex tak keruan kerana asyik memandang isteri dia je.. Alex menarik Umi duduk
di atas ribanya sambil mereka buat kerja..
Esoknya Raisya datang ke pejabat Alex untuk tanya apa istimewanya perempuan
kampung tuu dan Raisya sangat terkejut bila Alex beritahu yang perempuan tuu isteri Alex.. Raisya teka yang isteri
Alex tuu adalah Umi Zafwa dan mengugut Alex akan membongkarkan rahsianya yang
sangat besar dekat Umi.. Malam itu, Alex manja lain dengan Umi sampai Umi sedar yang Alex ada masalah
tapi Alex tak ceritakan apa-apa pun.. Umi dah tidur bila tetiba Raisya datang rumah untuk tidur disitu, dia ugut Alex.. Alex benarkan dengan
syarat Raisya tak ganggu isteri dia tidur dan tidur diatas sofa.. Subuh esoknya, Umi
bangun dan nak kejutkan Alex bila dia terkejut tengok ada sesorang tindih
suaminya, terkejutnya dia bila dapat tahu yang perempuan itu adalah Raisya.. Alex marah Raisya dan
Umi meleraikan dengan memberitahu yang Subuh dah nak habis.. Alex menjelaskan
perkara tersebut kepada Umi dan Umi percayakan Alex.. Umi dan Alex pergi bercuti di
Istanbul, bila tetiba Raisya datang, Raisya tinggal di sebelah bilik diorang
dan fitnah Alex yang mereka merancang bercuti bersama.. Malamnya, Raisya memanggil
alex masuk ke bilik dia katanya penting, Alex memberitahu Umi yang dia ada hal,
dia suruh Umi jangan kemana-mana.. Alex masuk bilik Raisya bila Raisya berpura-pura sakit (Raisya memang ada sakit
gastrik yang teruk), Alex mengambil ubat untuk disapukan di perut Raisya bila
Raisya meminta tolongnya.. Terkejutnya Alex bila dia melihat Raisya yang sudah bertelanjang, Raisya
memberi alasan baju dia ketat dan menyusahkan untuk sapu ubat, Alex membuka
baju kemeja birunya dan mencampakkannya kepada Raisya untuk menyuruhnya pakai.. Umi baru keluar dari
lif selepas berjalan-jalan kerana bosan bila dia melihat Alex berjalan dengan
berhati-hati keluar dari bilik Raisya, masuk ke bilik mereka dengan bersinglet
sahaja.. Umi mengekor, Alex menyarung baju tshirt hitam dan terkejut bila Umi masuk bilik tersebut dan marah Umi kerana tak duduk
diam..
Umi
sedih, dia balik ke rumah Banglo Alex dengan menaiki teksi dan menangis di
biliknya.. Alex datang mendapatkan Umi dengan rupa yang tidak terurus, Umi mendekati Alex
untuk memeluknya bila tetiba pintu bilik air dibuka.. Seorang laki kurus kering
keluar tidak berbaju dan “Sayang, mana baju I yang you campak tadi”, Umi tak
kenal siapa.. Alex menyuruh lelaki tersebut keluar dan sebelum Umi sempat cakap apa-apa, Alex
beritahu yang dia percayakan Umi.. Esoknya, Alex tak jadi ke pejabat dan membawa Umi pergi berjumpa dengan wedding
planner.. Disana diorang pakai baju kahwin dan bergambar kerana katanya Alex teringin.. Alex buat 2 copy, Umi
tanya kenapa tapi Alex tak memberitahu.. Rupanya 1 copy untuk Umi dan 1 copy untuk Alex sendiri, Raisya ugut akan
bongkarkan segala rahsia kalau dia tak ceraikan Umi dalam tempoh 30 hari.. Esoknya Alex
tinggalkan isterinya dan pejabatnya..
Berminggu-minggu
Umi mencari Alex sampai jatuh sakit.. Tiba hari ke-29, Alex balik ke rumah, Umi sanggup kalau Alex kahwin dengan
Raisya janji jangan tinggalkan dan ceraikan dia.. Raisya
datang dan beritahu Umi yang dia mengandungkan anak Alex, tapi Umi tak kisah.. Malamnya dia tidur
dengan Umi bila dia sedar yang Umi demam, dia nak hantar Umi ke klinik bila
Raisya ajak pergi tengok wayang.. Raisya
ugut dan Alex akur.. Tiba-tiba Alex dapat panggilan daripada Hospital, yang mengatakan isterinya
kemalangan.. Alex berlari mendapatkan isterinya dan terkejut lihat keadaan isterinya yang
teruk.. kata doktor, luka Umi tak teruk sangat tapi disebabkan ada ketumbuhan di kepala
Umi yang menyebabkan Umi lemah.. Alex tak jadi menceraikan Umi dan tak kisah dengan ugutan Raisya, Raisya
mengamuk, menyuruh Alex ceraikan mayat hidup tuu sekarang jugak.. Alex jaga Umi dan
akhirnya Umi sedar dari koma.. Umi menggunakan kerusi roda dan balik ke rumah mereka, Umi meminta Alex
menikahi orang lain untuk menjaga Alex.. Di hari pernikahan Alex dengan Raisya,
Umi menghadiahkan tudung kepada Raisya, Raisya berang dan menyumbat tudung
tersebut masuk ke dalam mulut Umi, Alex nampak dan terkejut kerana bakal isterinya
adalah Raisya.. Dia membatalkan perkahwinan.. Tiba-tiba, masuk seorang perempuan bertudung labuh, Fatin.. Fatin terus memeluk
Fatin sambil mengatakan anaknya.. Fatin meminta penjelasan kepada Alex, kerana Fatin selalu menziarahi kubur
emaknya, Katherina sebelum ayahnya menghantarnya pergi belajar di luar negara.. Umi tak sangka yang
Alex sanggup menipu dan meminta penjelasan Alex.. Rupanya Katherina melahirkan anak seminggu sebelum dia dibunuh dan Fatin Imani
tu anak Katherina.. Umi menanyakan mana anaknya, bila tetiba Alex menyebut “Raisya”.. Umi tak percaya, Umi
meminta Alex untuk menidakkan Raisya anaknya, anaknya Fatin.. Alex memberitahu nama
sebenar Raisya adalah Fatin Raisya.. Umi tak percaya dengan apa yang berlaku dan pengsan.. Sedar dari pengsan, Alex
menjelaskan perihal anaknya dengan Katherina, Fatin Imani mengikut wajah ibunya
yang menyukarkan Alex melupakan Cinta Matinya lalu menghantar Fatin belajar ke
luar negara.. Alex keluar, Umi cuba melarikan diri kerana tak sanggup bersama dengan seorang
lelaki yang meniduri anaknya sendiri bila Jason datang menolong..
Setahun kemudian,
Raymond memberitahu bahawa dia yang membunuh Katherina kerana tak sanggup
melihat adiknya menduakan Umi kerana dia sangat menyayangi Umi ( ???? Kau kejap muncul kejap hilang lepastu
muncul balik, tetiba kau kata kau bunuh Katherina dalam misteri bilik tertutup
dan Alex orang terakhir keluar, apa bodohnya plotline ni ???? ).. Umi mencari Alex
kembali untuk mendapatkan kebenaran, sesampainya dia di suatu tempat dia
terkejut dengan seorang perempuan yang memanggil Alex ‘abang’ berjalan dengan 2
orang kanak-kanak yang menunjukkan pejabat Alex.. Alex bertanya kepada Umi tujuannya kemari dengan nada serius.. Umi beranggapan bahawa
Alex dah melupakannya dan mencari penggantinya dan meminta penjelasan.. Alex menjelaskan
perkara sebenar..
(i)
Tempat tu ‘Yayasan Umi Zafwa’
(ii)
Perempuan tuu penjaga anak yatim
(iii)
Budak itu anak yatim yang tinggal disini
(iv) Raisya bukan anak Umi dan tak pernah Alex
menyatakan yang Fatin Raisya tu anaknya
(v)
Anak umi meninggal dunia tapi tabah dan cekal
sama seperti ibunya
(vi) Alex
tak sengaja menceritakan perihal Umi dan anaknya kepada Raisya
(vii) Raisya
mengugutnya
Umi meminta Alex mengembalikan gelaran isteri kepada Umi.. Alex menolak dan
menyuruh Umi balik dan Alex segera berlalu pergi .. Umi mengejar Alex apabila tetiba dia terjatuh dan pengsan.. Umi melancarkan mogok
lapar sehingga Alex menerimanya semula.. Alex merasakan dirinya tak layak dengan Umi kerana merasakan dirinya Kotor tapi
tak sanggup melihat isterinya begitu.. Beberapa hari kemudian, Umi dan Alex bersanding dan Umi memberitahu perkara
sebenar yang dia pengsan olok-olok dan makan bila Alex tak ada.. Umi tak ambil peduli
jika dia bodoh menerima Alex dan tak hiraukan kata-kata orang ( ???? Lantak kaulah!! Get Lost!! Nasib kau
cuma satu watak ????)
REVIEW
Watak :
0/10
Plotline :
1/10
Theme :
1/10
1)
Watak
Watak-watak yang disampaikan dalam cerita
ni sangat lemah.. Baik yang utama, baik yang sampingan..Watak utama dah sah-sah
tah pahape.. Umi terlalu lemah dan
bodoh, mana perginya watak seorang pahlawan yang ditemani Singa, mana perginya
kono nak berbakti pada ayah dia yang sakit,hilang ditengah jalan.. Alex
terlampau kejam, ganas dan keji, bila berubah jadi baik, kononnya sweet tapi sebenarnya otak dia masih
kotor, kerja dia asyik perbuatan terkutuk tuu je.. Raymond terlalu misteri,
mana kau menghilang?? Begitu jugak dengan Jason, apa sebenarnya yang berlaku,
tak faham.. Mak Yam terlalu mementingkan harta, kalau ya pun nak bantu suami
takkan sampai jual anak walaupun anak tiri, lepastu salahkan orang lain,
padahal diri sendiri salah.. Raisya macam perempuan yang takda maruah diri..
Doktor Marwan seorang yang baik tapi sayang wataknya dikeluarkan awal..
Pak Jali seorang pak turut, tahu dia makan
gaji tapi hmm entahlah.. Jiran-jiran ada ke??Ingatkan taka da, yelah taka da siapa
pun perasaan Umi kat balkoni, tembok tinggi sangat ke sampai tak nampak, kalau
tak nak involve pun at least
report polis.. Polis, pegawai,
pendakwaraya, peguam, hakim and apa-apa lagilah, bukti tak cukup dan jelas
macam mana oleh jatuhkan hukuman.. Pieka terlalu baik sampai dipergunakan.. Tom
terlalu mengikut perasaan..
2)
Plotline
Jujur pada awalnya, sangat menarik.. Macam
mana Umi secara tak sengaja menyelamatkan Raymond dengan imannya.. Tapi sayang
setakat tuu sahaja yang menarik, selebihnya sangat mengarut, tak masuk diakal..
Sebab itu hanya 1 je saya mampu bagi..
3)
Theme
Tahu, temanya kasih sayang dan pengorbanan..
Tapi kalau dah sampai memudaratkan dan membahayakan diri sendiri, dah tak Nampak
dah segala kasih sayang..Yang nampak hanyalah dendam yang tak berkesudahan dan
pengorbanan yang takada erti.. Satu je yang miss Kae suka ialah kasih sayang Pieka kat kawan dia walaupun dipergunakan..
Keseluruhannya :
Habis baca novel ni pun sebab permintaan kawan, kawan nak
tahu apa jadi, tapi kawan sendiri tak nak baca, nak suruh miss Kae ceritakan..
Awalnya baca satu-satu, bila dia dah sangat mengarut, miss Kae dah tak mampu
nak teruskan.. Tinggalkan novel tuu terjatuh terperusuk di celah-celah katil..
Entah macam mana topik perbualan miss Kae dengan kengkawan hari tu pasal cerita yang tak masuk diakal, pendek kata tah pahape, miss Kae pun cerita pasal
novel ni.. Kawan punya sakit hati, dia marah betul dengan penulis.. Anyway, malam tuu kami cari sinopsis penuh
novel tuu kat internet, tak jumpa.. Review
novel tak payah cerita, semua tak suka.. Macam kami jugak.. Tapi takde yang
penuh.. Jadi miss Kae teruskan membaca dalam masa 1 jam setengah habis,
TAMMAT.. caranya mudah, selak setiap muka surat cari key point dia je.. Legalah dah habis baca walaupun sakit hati, at least
dah takde hutang dengan kengkawan dah..hehehe
Sincerely,
Miss Kaela

0 comments: