Entry #2
TAKUT ?
Hari ni dah masuk hari ketiga miss Kae lambat masuk kerja dalam minggu ni.. Terukkan?? Sangat teruk.. time management --> OUT! Well, actually it's not entirely my fault.. miss Kae tak tahulah apa yang menyebabkan abang miss Kae lambat.. so, nak dijadikan cerita, kami keluar rumah dalam pukul 7.35 pagi mengikut jam tempat kerja ( sebabnya jam tempat kerja lebih awal, dalam 5 minit mungkin..hmm😕 ).. bagi miss Kae itu sangat lambat, since miss Kae masuk kerja pukul 8.00 pagi..
Abah miss Kae berulang kali remind dekat abang miss Kae supaya tak bawak laju-laju, jangan tergesa-gesa sangat.. untuk keselamatan kami berdua.. miss Kae takdelah takut sangat dengan cara abang miss Kae bawak motor, cumanya miss Kae tayar motor meletop! Setiap kali lalu flyover berdebar jantung miss Kae.. miss Kae takut betul dengan penyambung flyover tuu.. Yelah cuba bayangkan, penyambung flyover tuu ada terkeluar sikit ( memang ada yang terkeluar pun..macam ada rantai kat dalam kalau tak salah laa ), ditambah dengan kelajuan motor yang membawa muatan berat.. Yelah, campur berat dua orang dengan berat beg lagi, kira berat laa kan.. Jadi, miss Kae sangat ambil berat dengan corak pemakanan miss Kae.. bukan apa, untuk kesenangan bersama jugak.. bila bawa motor tuu rasa ringaaaann je.. Takdelah rase sampai tayar nak meletop kan..
miss Kae ni kuat berimaginasi.. I just can't help it, my mind that control me.. That's what I believe.. miss Kae asyik terbayang kalau benda tuu jadi atau mungkin accident ( minta dijauhkan lah ).. Untuk menyelamatkan diri dan nyawa, miss Kae kena segera bangun dan berlari ketepi sambil lihat arus jalan, nak elakkan dilanggar kereta.. Sebab banyak kes terjadi, bila kemalangan kecil menyebabkan kematian berpunca dari mangsa yang lambat menyelamatkan diri.. miss Kae tak salahkan mangsa 100 %, TAK SAMA SEKALI.. miss Kae faham keadaan mangsa, that's why miss Kae nak minda miss Kae yang kawal diri miss Kae.. walaupun badan kata tak mampu, tapi otak suruh buat, inshaAllah akan buat jugak ( mudah-mudahan )..
Satu lagi, bagi miss Kae sendiri jalan raya itu adalah satu tempat yang menakutkan.. Jalan raya terbahagi kepada dua, iaitu highway dan juga bukan highway ( senangkan fikir ayat..hahaha 😄 ).. Jalan bukan highway ni, macam jalan keluar, jalan kampung, jalan dalam, jalan yang banyak simpang dan lain-lain.. Jalan highway agak senang, sebab jalan yang besar, straight dan tak banyak sangat halangan.. Tapi! jalan bukan highway.. MashaAllah kemain dugaan dia.. dengan pejalan kaki, motor, even kereta-kereta tuu sendiri.. ada yang jenis bawak merbahaya, ada yang parking tepi jalan terlalu ke tengah dan sebagainya.. Jadi memang menakutkan! miss Kae takde masalah kalau bawak kereta kat highway, cuma kalau kat simpang and bukit je agak debar.. bawak manual lah katakan.. nak kena main dengan clutch, gear, minyak dan brek..fiuuhhh!!
p/s: Tadi masa nak keluar simpang, ternampak kawan miss Kae.. Wah! dia bawak van, berani betul, van panjang kan.. Anyway, miss Kae bukak visor helmet lepas tuu pandang kat dia.. Mulanya dia tak perasaan, yelah kawasan tuu jadi sesak sebab ada khemah kat lorong area tuu.. Bila dia perasan je, cepat-cepat miss Kae lambai tangan dan senyum nampak gigi ( miss Kae memang tak boleh senyum tak nampak gigi, nampak fake sangat, tak ikhlas langsung..haih..😔 ).. Muka dia terkejut macam tak sangka yang miss Kae boleh ada kat situ waktu pagi-pagi.. Lupa laa tuu yang mesti tengah kerja.. Jadi nak dijadikan cerita, lepas senyum tuu baru miss Kae teringat yang miss Kae makan karipap untuk sarapan tadi.. Macam mana kalau ada cili ke karipap ke kat gigi.. Cepat-cepat miss Kae tutup mulut dan rasa guna lidah ( sounds gross isn't it?? Sorry ).. Betul pun!!! WAAAAA!!! Ada kulit karipap kat gigi bawah, harapnya dia tak perasan.. Kalau perasan pun tolong bersangka baik.. WAAA HAAA !!!! 😭😭
Till then ~
Sincerely,
Miss Kaela
